Sunday, November 20, 2016

Al Kisah Dr Strange...

Assalamualaikum...

Semalam aku ke Aeon AU2 Setiawangsa. Sememangnya aku selalu menghabiskan masa di situ berbanding ke tempat lain. Mungkin lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal aku. Selalunya aku akan berjalan-jalan seorang diri. Lone ranger and having trouble with myself. Kata orang puteh la. 

Sampai sahaja di sana, aku tekan dulu duit di mesin ATM Maybank sebab duit belanja aku sampai hujung bulan telah di pow oleh seseorang  Aku berfikir bagaimana nak save duit hingga ke hari gaji berikutnya. Sebab gaji aku setiap awal bulan. Last-last langkah aku ni menghala ke TGV. Memang cari trouble la namanya tu. Takda duit tapi pi tengok wayang pula. Tak pandai sadar diri betul. haha~... 

Mata aku melilau ke skrin mencari Dr Strange yang aku tak dapat tengok minggu lepas. Aku duduk rumah bujang dan aku tiada tv. Kira ni Tv aku lah. haha~. Tayangan waktu itu paling awal pukul 11:10 pagi. Aku lihat jam aku pukul 11:00. Sedang elok, aku terus beratur untuk membeli tiket. Dan tayangan Dr Strange hanya tinggal 2 sahaja pada hari itu berbanding minggu lepas rasa macam banyak je.

Harga tiket RM13.00. Kalau ada kad debit maybank boleh dapat RM10.00 tapi 12 tengahari hingga pukul 6 petang sahaja. Boleh dapat RM8.00 tapi perlu beli sebelum pukul 11.00 pagi dan perlu pilih tempat duduk yang mendongak dibahagian hadapan. Early bird namanya. Banyak pula cekadaknya, maka aku memilih tempat duduk barisan belakang yang tak perlu mendongak dan bayar secara tunai RM13.00. Niat dihati sebenarnya nak pakai kad maybank sebab nak dapatkan harga RM10.00 tu tapi belum pukul 12 pula. Sebelum ni pernah guna tengok cerita Mission Impossible. Harga RM20.00 tapi dapat RM10.00 sebab pakai kad maybank. Pop corn dan air tidak dilupakan. At least dapat hilangkan bau busuk mulut kalau kunyah sesuatu atau minum air. Malu kat orang sebelah kalau mulut busuk weh... Ini pengalaman k. 

Macam biasa lah, sebelum tayangan tu, mesti ada trailer movie lain untuk mereka promote. So, aku rasa macam nak tengok cerita power rangers lepas ni. haha~... Terpengaruh trailer macam best je... Selepas itu, barulah bermulanya cerita Dr Strange ni. Selama ni aku tak kenal pun Benedict Cumberbatch ni. Pernah dengar nama je tapi tak kenal bagaimana orangya. Masa ni lah aku mula mengenali beliau. Aku minat cerita fiksyen begini dan kebanyakan certia Marvel aku akan tengok di pawagam.



Strange merupakan seorang doktor pakar pembedahan otak yang sangat berjaya. Oleh kerana itu, dia merupakan seorang yang sangat kaya, mempunyai segala-galanya. Rumah mewah, kereta mewah dan jam semua mewah-mewah. Disebabkan itu juga dia menjadi seorang yang angkuh, sombong, ego, pandang rendah pada orang lain dan macam-macam lagi perangai buruk. Dia terlibat dalam kemalangan yang menghancurkan kedua-dua tangannya. Ini bermakna dia tak boleh melakukan pembedahan lagi dan pada masa itu dia kehilangan segala-galanya. Dia melakukan bermacam-macam cara untuk mengubati dan memulihkan kedua-dua tangannya supaya dia kembali seperti kehidupannya dahulu, sehingga dia tinggal sehelai sepinggang namun tangannya tetapi tidak pulih juga. Dia ke India kononnya untuk berubat tetapi dia mempelajari ilmu yang luarbiasa di mana dengan cara itu sebenarnya dia boleh menyelamatkan nyawa juga. 

Ini kira sinopsis aku lah. Kalau nak tau cerita selanjutnya, carilah sendiri. haha~... Baik, aku suka isu moral yang ditunjukkan dalam cerita ini yang mana tuhan tarik balik segala-galanya dalam sekelip mata kesenangan dan kehebatan seseorang itu. Agak menyedarkan aku jugalah. Jadi kalau nak cari cerita, cari yang ada kesedaran sivik sebab aku pun jenis yang malas membaca... 

Sekian...